Sunday, 20 November 2011

PERMULAAN BAGIKU

Redup mataku memandangnya.Mukanya yang bulat,matanya yang terkelip-kelip menahan panas,bibirnya yang kecil dan sedikit janggut di dagunya menarik perhatianku.Latihan kawat kaki Kadet Polis sungguh membosankan.Tiap-tiap hari begini dengan sarjannya yang garang bak singa betina kelaparan.Namun,hari ini,sedikit berlainan dari hari-hari lain.Ketika membetulkan barisan,aku ditempatkan di sebelah seorang lelaki yang berdiri di bahagian penander.Ketika itu pula,sebelum kedengaran sarjan bertempik,"Skuad!!Pandang depan.",aku sempat melihat wajahnya.Wow...Cute jugak dia ni.Wajahnya sedikit keirasan dengan exku,Azmi kerana wajahnya yang bulat dan badan yang sedikit besar.Huhu.Namanya Azlan.Si jejaka tampan inilah,yang telah mulai ku sukai sejak detik ini.

No comments:

Post a Comment